fbpx

PROTON serap kos SST untuk semua model

Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) akan menyerap kos Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi semua model dikeluarkan syarikat kereta nasional itu bagi memastikan pembeli dapat membeli dengan harga tanpa cukai.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Abdul Rashid Musa berkata, pelaksanaan SST memberi kesan kepada pasaran automotif Malaysia kerana pembeli kereta berpusu-pusu membuat pembelian sebelum cukai terbabit dilaksanakan.

 Beliau berkata, sebelum ini PROTON menyatakan ada perubahan harga apabila SST dilaksanakan, tetapi kini perubahan berkenaan tidak akan memberi kesan terhadap pembeli kereta PROTON.
 “Sementara PROTON menunggu maklumat lanjut mengenai pelaksanaan SST, syarikat akan menyerap kos SST untuk semua model bagi memberi peluang kepada pembeli kereta.

“Ini memberi manfaat kepada mereka ketika tempoh transaksi serta membantu PROTON mengekalkan momentum jualan dengan prestasi lebih baik,” katanya.

PROTON mencatatkan jualan bulanan tertinggi pada Ogos tahun ini untuk tiga bulan berturut-turut yang meningkat 18.5 peratus berbanding Julai lalu, menjadikannya tertinggi dalam tempoh 36 bulan lalu.

Secara keseluruhannya, 9,501 unit kereta dijual, yang juga pencapaian terbaru tahun ini, malah ia prestasi volum jualan terbanyak sejak Julai 2015.

Abdul Rashid berkata, model Saga dan Persona kekal menjadi model pilihan pembeli apabila kedua-dua model ini kekal mendominasi jualan syarikat.

Sumber: HarianMetro