Kursus Pertanian Bandar (Urban Farming)

Pernahkah anda mendengar tentang Pertanian Bandar atau lebih dikenali Urban Farming?
Urban Farming adalah salah satu aktiviti riadah untuk mengisi masa lapang, yang boleh dilakukan di unit kediaman anda. Ia semakin popular semenjak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan. Selain itu, ia dapat mengurangkan kos sara hidup anda yang tinggal di tengah-tengah bandar.
Justeru itu, pihak pengurusan akan berkerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri Johor untuk mengadakan Kursus Pertanian Bandar “Urban Farming” pada :
Tarikh : 19 Sept 2020 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat : Dataran Ismail Ibrahim, Plot A
Antara pengisian yang ada program ialah :
* Taklimat asas pertanian bandar
* Penerangan kaedah asas bercucuk tanam
* Demonstari & Latihan amali “Hands on activity”
Makanan & Minuman disediakan!
Anda juga berpeluang memenangi hadiah Cabutan Bertuah yang sangat menarik!
Cenderahati Nutri Pot untuk setiap peserta yang hadir!
Dapatkan borang penyertaan di pejabat pengurusan segera kerana terhad untuk 150 orang sahaja!

Source: Facebook