fbpx

Usaha sama Jakel, Boost

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini boleh membeli-belah dengan lebih mudah menggunakan e-dompet di syarikat gedung fabrik terkenal, Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel) menerusi aplikasi Boost yang dikendalikan Axiata Digital Services Sdn. Bhd.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, kerjasama antara Boost dengan Jakel buat julung kalinya ini pasti akan dapat meningkatkan jualan di samping memudahkan orang ramai mengetahui tentang tawaran yang disediakan.

“Buat masa ini, penggunaan pembayaran menerusi aplikasi Boost boleh digunakan di Jakel Mall Kuala Lumpur, Jakel Shah Alam, Jakel Bangi dan Jakel Johor Bahru.

“Boost kini mempunyai lebih daripada tiga juta pengguna dan sebanyak 35,000 rakan niaga fizikal secara online di seluruh negara, sehubungan itu, kemudahan tersebut akan dapat memberi kemudahan kepada pelanggan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis jalinan usaha sama antara Jakel dengan Boost di sini baru-baru ini.

Faroz menambah, kaedah pembayaran e-dompet ini bertujuan untuk menarik minat lebih ramai golongan muda yang menggunakan aplikasi Boost dan berbelanja di Jakel tanpa sekatan sambil menikmati berbagai ganjaran yang disediakan oleh Boost.

Sumber: KosmoOnline