fbpx

Wall Street menokok

NEW YORK: Apple menerajui lantunan dalam saham teknologi dan merangsang ketiga-tiga indeks utama saham Amerika Syarikat (AS), manakala kebimbangan perdagangan semakin lega selepas China menyambut baik rundingan baharu dengan AS.

Dow menghampiri rekod tertinggi yang di cecah pada 26 Januari. Ia ditutup di paras tertinggi sejak 1 Februari dan hanya 1.8 peratus di bawah penutup 26 Januari.

Dow Jones Industrial Average naik 147.07 mata, atau 0.57 peratus, kepada 26,145.99.

S&P 500 naik 15.26 mata, atau 0.53 peratus, kepada 2,904.18.

Nasdaq Composite menambah 59.48 mata, atau 0.75 peratus, kepada 8,013.71.

Rabu lalu, pentadbiran Trump menjemput Beijing bagi memulakan pusingan baharu membincangkan isu berbangkit berkaitan perdagangan antara kedua-dua negara, sungguhpun Washington bersedia untuk mengenakan tarif ke atas import China bernilai AS$200 bilion.

Sektor teknologi menokok 1.1 peratus, dipacu Apple yang mencatat kenaikan 2.3 peratus.

Sekitar 6.7 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.1 bilion purata dagangan 20 hari sebelum ini. – Reuters

Sumber: Berita Harian